Tuesday, March 31, 2009

Modenas GT128 Dilancarkan

Modenas mengorak langkah dengan melancarkan model GT128. Pelancaran pada 23/3/09 menarik perhatian ramai peminat motosikal moped underbone. Dengan memperkenalkan paparan meter analog dan digital, sudah tentu menarik minat ramai golongan muda khususnya untuk memiliki jentera ini. Berkuasa 128cc, SOHC 1 silinder 4 stroke, model ini menampilkan rekabentuk yang terkini dan garang serta padat.

Penjimatan minyak adalah membenggakan 964.4 km/l @ 80km/h) dan model ini juga bakal menjadi jentera terbaik dalam kelasnya. Dilengkapi dengan sistem brek cakera di hadapan dan belakang menambahkan lagi kecekapan jentera ini beroperasi dalam pelbagai situasi khasnya pada cengkaman brek .

Lampu belakang ala superbike, rekebentuk hadapan yang aerodinamik, suspensi berkualit dari KYB, kedudukan yang selesa untuk penunggang, handle bar yang menjanjikan GT128 memberi kepuasan kepada sesiapa yang gemar menunggang jauh ke sesuatu destinasi.

Gabungan meter analog ( RPM dan kelajuan ) serta meter digital (penanda aras kedudukan gear, aras minyak enjin, dan jam ) menjadikan motosikal ini menepati kemahuan pengguna. Ditambah lagi , penunggang tidak perlu melihat lama pada paparan meter kerana paparan yang terhasil jelas dan tidak menyiaukan walau di waktu malam.

Lampu depan pula menjanjikan suluhan yang amat memuaskan hati. Cukup terang untuk sesebuah kapcai. Untuk pastikan, anda boleh mencuba suluhan lampu hadapan GT128 ini.
Rekabentuk GT128 menampakkan revolusi MODENAS untuk kembali memberi saingan kuat pada jualan moped di negara ini khususnya. Cukup trendy dan pasti membuatkan sesiapa sahaja menjeling beberapa kali .

Kestabilan GT128 ketika cruising, meratah selekoh serta kuasa yang dipamerkan membuatkan model ini turut menjadi perhatian bukan sahaja penunggang biasa, tetapi juga pada kaki-kaki trek untuk melayan tiap selekoh dengan penuh selesa.

Harga Gt128 non OTR price ialah RM 4,888.00 . Amat murah dibandingkan dengan apa yang pembeli dapat. Teknologi, rekabentuk yang menarik, sistem brek disc hadapan yang lebih lebar dan juga sistem disc di belakang. Selain itu, penjimatan petrol yang ketara pada model ini susah tentu menjadi antara tarikan utama. Ditambah dengan panel meter yang amat menarik dan kemas.

artikel asal oleh adios88

No comments:

Post a Comment

Link Exchange

Followers

Underbone Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org