Tuesday, April 21, 2009

SUZUKI SHOGUN 125RR dan SHOGUN 125SP



Suzuki memang cukup dikenali dengan teknologi baru dalam hampir semua motosikal keluaran mereka. Tidak kira la apa model sekali pun, seringkali mereka akan cuba sedaya mungkin untuk memberikan produk yang inovatif buat pelanggan mereka.
Mungkin Suzuki sudah lama tidak melancarkan model moped yang mampu menarik hati bakal-bakal pembeli, atau mungkin juga mereka kurang berjaya meraih minat tinggi dari bakal pembeli terhadap produk mereka.walaupun, produk mereka amat berkualiti tinggi.

jika satu masa dahulu, Suzuki adalah antara pengeluar paling berjaya bila membawa masuk Jentera-jentera seperti FXR150, FX125, TXR150, Suzuki BEST atau mungkin versi skuter V100 dan V125, namun mereka akhirnya tenggelam terus, malah model 4 lejang moped mereka iaitu Suzuki smash juga bukanlah pilihan utama anak –anak muda. Dimana mungkin silapnya.
Mungkin selain dari factor prestasi, apa yang paling diinginkan generasi muda adalah sebuah motosikal yang tampak ranggi dan garang, mereka sanggup membayar berapa jua harganya asalkan Jentera milik mereka jadi perhatian, lantaran atas faktor itu mungkin, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd Memperkenalkan model Shogun 125RR dan Shogun 125SP.
Sekali pandang, model baru ini tampak jauh sekali berbeza dari model –model lepas, jika model Smash sebelum ini kurang mendapat perhatian, namun shogun baru ini mampu membuat peminat motosikal berpaling semula untuk meneliti keunikan dan perbezaan model baru ini.
Shogun ini secara luaran Nampak lebih tajam, dengan bahagian hadapan berbentuk lebih aerodynamik, ia memberi illusi betapa model ini mampu memberi prestasi tinggi. Dengan meletakkan lampu penunjuk isyarat bersekali pada bahagian bahagian hadapan ini, memberikan rupa luaran lebih kemas lampu hadapan pada model ini memberikan suluhan yang cukup jelas, sementara itu pula lampu brek belakang bagi kedua-dua model ini menggunakan lampu-lampu LED, selain dari mampu memberikan cahaya yang terang dan jelas walaupun dibawah terik matahari, LED mampu bertahan lebih lama berbanding mentol biasa.
Rangka dibuat dari tiub keluli yang lebih besar, memberikan kekuatan pada kerangka utama motosikal ini, langkah ini dapat mempertingkatkan tahap pengendalian semasa menunggang.dilengkapi dengan rim sport 10 jejari, ia Nampak amat anggun sekali, selain itu, penggunaan rim sport juga membuatkan pengendalian menjadi lebih baik disamping membolehkan penggunaan tayar-tayar tanpa tiub yang lebih selamat dan mampu mengenakan kehilangan angin tayar secara tiba-tiba bila terjadi kebocoran.
Motosikal ini dilengkapi dengan cakera brek lebih besar berbanding dari yang pernah digunakan oleh model-model terdahulu, lantas memberi kuasa hentian yang meyakinkan. Namun dengan reka bentuk yang unik, berat keseluruhan cakera brek ini mampu dikurangkan. Brek belakang untuk model ini juga dilengkapi dengan brek jenis cakera, memberikan keyakinan kepada penunggang.
Enjin bertenaga ini diasaskan dari enjin model shogun 125cc. komponen-komponen penting diperkemaskan lagi ,kebuk pembakaran direka semula untuk pembakaran lebih cekap lantas menghasilkan kelancaran tunggangan , daya kemampuan lebih memuaskan disamping menjimatkan bahan bakar, enjin Jentera ini juga dilengkapi dengan pengimbang balik putaran enjin, satu komponen penting yang mampu menghapuskan gegaran dari enjin. Malah, karburetor nya juga dilengkapi dengan suiz kawalan pendikit, bertujuaan untuk menjimatkan lagi bahan bakar dengan memberikan nisbah campuran paling optima dalam setiap kelajuan.
Selain bertenaga, enjin ini juga dicipta supaya mesra alam, sistem ekzos direka semula bagi membolehkan lebihan bahan api dibakar sepenuhnya sebelum dilepaskan.
Untuk memberikan tunggangan lebih lancar, sistem gear 4 kelajuan pada motosikal ini direka semula, menghasilkan tukaran gear yang licin dan lancar.
Suzuki shogun 125RR adalah model yang menggunakan sistem transmisi automatik, sesuai sekali untuk kegunaan harian, namun jika anda mahukan Jentera yang lebih tangkas, mampu memecut dengan tangkas, Shogun SP (Sport Production) adalah pilihan lebih bijak, model ini didatangkan dengan transmisi jenis manual.
Dengan sistem gantungan jenis fork dihadapan dan jenis absorber berkembar di bahagian belakang, ia memberikan tahap keselesaan tunggangan yang tinggi, tidak menjadi masalah jika menunggang pada jarak yang jauh, tambahan lagi dengan adanya ruangan barang dibawah tempat duduk, semuanya jadi mudah.
Cuma yang kurang memuaskan ialah punat-punat yang terdapat dipanel suiz motosikal ini, jika mereka melengkapkan nya dengan material lebih berkualiti, ia pasti lebih menarik berbanding nampak seperti dibuat dari plastik murahan.

No comments:

Post a Comment

Link Exchange

Followers

 

Underbone Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org