Tuesday, April 21, 2009

Suzuki belang R150



Masih belum hilang kehangatan sambutan terhadap Suzuki Shogun 125 yang dilancarkan oleh Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd selang tidak lama dahulu, sekali lagi Suzuki mengegegarkan dunia pemotoran tanah air, khususnya dalam kategori underbone dengan melancarkan pula model underbone 4 lejang yang bolehlah dianggap paling maju. Sekurang-kurangnya dalam segmen ini, buat masa ini.
Suzuki Belang R150, mungkin sebuah motosikal yang selama ini cuma adalah sebuah model yang hanya muncul dalam impian, namun sekarang anggan-anggan akhirnya realiti. Apa lagi yang anda mahu pada sebuah model underbone bila semua yang diimpikan digabungkan dalam satu pakej penuh. Suzuki sekali lagi melakukannya.

Pengeluar yang sering kali mencipta banyak inovasi terbaru dalam pembinaan motosikal ini, mungkin menyedari kemahuan golongan penunggang , khususnya di rantau asia tenggara yang rata-rata masih menggunakan motosikal berkuasa rendah dalam kegunaan harian , khususnya ke tempat kerja. Menyedari potensi dan prospek pasaran di negara-negara seperti Indonesia, Thailand, dan malaysia. Suzuki membuka langkah berani cuba mendominasi pasaran. Sekali lagi dengan model baru yang mungkin mengiurkan.
Baiklah, masih ingat pada model Suzuki FX125 yang satu ketika dahulu cukup popular, yang mungkin sehingga kini menjadi buruan peminat-peminat Jentera Suzuki kerana teknologi yang dibawanya?. Anggap saja model ini sebagai salinan semula model tersebut,lantas kini anda akan mula menyedari , Belang R150 ini bukan calang-calang motosikal, ia cukup istimewa dan mungkin nanti ianya akan menjadi motosikal lagenda,sama seperti model FX125 sebelum ini.
Lauaran motosikal ini sedikit berbeza dengan model underbone yang sering kita lihat, ia lebih mirip kepada model Honda hurricane yang terkenal itu, atau mungkin juga mirip cagiva momos , Jentera moped 2 lejang keluaran itali yang cukup hebat, atau salinan semula reka bentuk suzuki RC sprinter yang pernah dikeluarkan Suzuki suatu masa dahulu, apa pun, reka bentuk nya begitu garang sekali, Begitu ranggi dan tampak sporty.
Dilihat dari pandangan hadapan, lampu hadapan model ini sudah cukup membuat anda teruja, mirip lampu hadapan model superbike Suzuki GSX-R, disekalikan sekali didalamnya lampu penunjuk isyarat , lampu rendah dan lampu suluhan tinggi, ia memberi bentuk yang cukup ranggi tetapi kemas.dipadankan dengan firing pemuka yang direka untuk memberi aliran aerodynamic yang baik, ianya pasti memberi tahap tunggangan yang selesa sekali, tambahan pula dengan 2 corong angin pada bawah lampu tadi. Ia mirip sekali fairing hadapan motosikal berkuasa tinggi, memberikan ilusi motosikal ini amat bertenaga.
Tidak banyak berbeza dari bahagian belakang motosikal underbone lain , model ini tampak serupa, Cuma lebih kemas dan sedikit runcing, tambahan pula panel penutup bahagian enjin diberi reka bentuk yang kemas, cukup ranggi dan mengiurkan. Dipadankan dengan pemegang belakang dari aluminium, ia memberikan kualiti binaan sehebat rupanya.
Didatangkan dengan rim sport yang sama seperti shogun 125, rim sport 10 jejari ini bolehlah dianggap paling menarik rekaannya kini, tambahan pula dengan cakera brek hadapan besar yang berukuran 290mm ini, ia tampak sangat sporty, namun dengan garis pusat yang dikosongkan memberikan kuasa hentian yang cukup bagus kerana ia mengurangkan berat keseluruhan tanpa spring pada Jentera ini. Seperti model Shogun, Belang R150 ini juga didatangkan dengan brek cakera pada bahagian belakang.
Namun apa yang kurang menonjokkan reka bentuk sport pada model ini, mungkin hanya pada penyeyap bunyi yang nampak kurang menarik, mungkin penyenyap sama yang digunakan pada model Shogun SP lebih sesuai untuk Jentera ini,bagaimana pun penyenyap bunyi sedia ada sudah cukup kemas untuk model ini.
Namun bila sahaja melihat pada panel paparan yang dilengkapi pada model ini, kita mungkin sudah tidak peduli pada penyenyap tadi. Satu meter kelajuan enjin jenis analog disamping meter kelajuan jenis digital , memberikan apa jua informasi yang kita inginkan.
Gambaran luaran motosikal ini cukup hebat, apabila lagi dengan teknologi yang dimuatkan,
Enjin Jentera ini adalah jenis 4 lejang DOCH (Double over head camshaft) 4 injap, diletakkan pada kedudukan menegak dan sedikit condong ke hadapan, ini adalah konfigurasi biasa yang menghasilkan prestasi tinggi dan memberikan kelancaran operasi pada putaran enjin yang tinggi, lantas menghasilkan kuasa maksimum selain penjimatan bahan api.
Suzuki maju lebih lagi, jika sebelum ini model Yamaha LC135 mengunakan Daisil untuk memperkuatkan lapisan silinder dan memberi ketahanan jangka masa panjang, Suzuki pula mengunakan SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material) untuk tujuan yang sama.menghasilkan enjin yang ringan , lebih efisyen serta dapat memperbaiki kemampuan pengurangan haba dari enjin.
Untuk tujuan yang sama, Penyejukan Udara Dengan Teknologi SACS digunakan, SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif. Kemudian, minyak ini akan disejukkan semula dengan menggunakan sebuah radiator penyejukan minyak , dengan langkah ini ia mampu menghasilkan suhu operasi optima .lantas menghasilkan tunggangan lancar serta menjimatkan.
Untuk memastikan bahawa keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara efektif, ianya dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pilihan nisbah gear. Memberikan tunggangan yang sportif dan lancar dalam pelbagai keadaan dengan kelajuan maksima lebih tinggi.
Jentera berkapasiti 150cc yang berkuasa, transmisi 6 kelajuan yang lancar, sistem penyejukan SACS Suzuki ,SCEM dan inovasi lain Suzuki Belang R150 sudah cukup hebat bukan?, namun terfikirkah anda teknologi termaju yang hanya ada pada kebanyakan motosikal berkuasa tinggi boleh juga anda nikmati pada motosikal kategori underbone, dan jawapannya ya bagi Suzuki Belang R150 ini.
Sistem “Suzuki Drive Mode Switch (SDMS)”adalah sistem unik yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih oleh penunggang. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa. Pilih saja cara tunggangan yang anda inginkan. Malah, jika anda bijak, kelengkapan ini membantu anda menjadi penunggang yang cukup hebat.
Jika anda mahu menunggang dalam keadaan bersahaja disamping menjimatkan penggunaan minyak, contohnya untuk berulang alik ke tempat kerja. “Mod Tunggangan Ekonomi “(ECO) adalah paling sesuai untuk anda. Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Memberikan kawalan secara elektronik untuk mengarahkan enjin memberikan revolusi enjin pada tahap optima untuk penjimatan petrol.
“Mod Tunggangan Biasa” Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan pada mode ini tiada lampu penunjuk mode ECO/PWR akan dipaparkan pada pemuka, ini tunggangan bisa yang sering ada pada kebanyakkan motosikal biasa.
Namun jika anda ingin memecut tangkas, atau sesekali mahu beraksi di litar-litar perlumbaan, menyeselusuri selekoh-selekoh yang mengiurkan,”Mod Tunggangan Power” (PWR) pasti akan anda pilih, digunakan untuk tunggangan agresif. Enjin akan di programkan untuk memberikan tahap pecutan maksima pada tahap paling enjin optimum dalam mod ini Lampu penunjuk akan dipaparkan di pemuka .
Dengan semua teknologi yang ada, ditambah dengan sisitem gantungan jenis tunggal di bahagian belakang dan fork depan penuh di hadapan, pengendalian motosikal ini amat hebat, memberikan respone cukup hebat dan menjadikan motosikal ini amat lincah.
Apa lagi yang anda mahukan, bukankah motosikal ini yang anda nantikan. Namun apa yang lebih menarik ialah pada nama yang dibelikan pada model ini, tidak adakah nama yang lebih sesuai untuk nya.

Selanjutnya...

SUZUKI SHOGUN 125RR dan SHOGUN 125SP



Suzuki memang cukup dikenali dengan teknologi baru dalam hampir semua motosikal keluaran mereka. Tidak kira la apa model sekali pun, seringkali mereka akan cuba sedaya mungkin untuk memberikan produk yang inovatif buat pelanggan mereka.
Mungkin Suzuki sudah lama tidak melancarkan model moped yang mampu menarik hati bakal-bakal pembeli, atau mungkin juga mereka kurang berjaya meraih minat tinggi dari bakal pembeli terhadap produk mereka.walaupun, produk mereka amat berkualiti tinggi.

jika satu masa dahulu, Suzuki adalah antara pengeluar paling berjaya bila membawa masuk Jentera-jentera seperti FXR150, FX125, TXR150, Suzuki BEST atau mungkin versi skuter V100 dan V125, namun mereka akhirnya tenggelam terus, malah model 4 lejang moped mereka iaitu Suzuki smash juga bukanlah pilihan utama anak –anak muda. Dimana mungkin silapnya.
Mungkin selain dari factor prestasi, apa yang paling diinginkan generasi muda adalah sebuah motosikal yang tampak ranggi dan garang, mereka sanggup membayar berapa jua harganya asalkan Jentera milik mereka jadi perhatian, lantaran atas faktor itu mungkin, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd Memperkenalkan model Shogun 125RR dan Shogun 125SP.
Sekali pandang, model baru ini tampak jauh sekali berbeza dari model –model lepas, jika model Smash sebelum ini kurang mendapat perhatian, namun shogun baru ini mampu membuat peminat motosikal berpaling semula untuk meneliti keunikan dan perbezaan model baru ini.
Shogun ini secara luaran Nampak lebih tajam, dengan bahagian hadapan berbentuk lebih aerodynamik, ia memberi illusi betapa model ini mampu memberi prestasi tinggi. Dengan meletakkan lampu penunjuk isyarat bersekali pada bahagian bahagian hadapan ini, memberikan rupa luaran lebih kemas lampu hadapan pada model ini memberikan suluhan yang cukup jelas, sementara itu pula lampu brek belakang bagi kedua-dua model ini menggunakan lampu-lampu LED, selain dari mampu memberikan cahaya yang terang dan jelas walaupun dibawah terik matahari, LED mampu bertahan lebih lama berbanding mentol biasa.
Rangka dibuat dari tiub keluli yang lebih besar, memberikan kekuatan pada kerangka utama motosikal ini, langkah ini dapat mempertingkatkan tahap pengendalian semasa menunggang.dilengkapi dengan rim sport 10 jejari, ia Nampak amat anggun sekali, selain itu, penggunaan rim sport juga membuatkan pengendalian menjadi lebih baik disamping membolehkan penggunaan tayar-tayar tanpa tiub yang lebih selamat dan mampu mengenakan kehilangan angin tayar secara tiba-tiba bila terjadi kebocoran.
Motosikal ini dilengkapi dengan cakera brek lebih besar berbanding dari yang pernah digunakan oleh model-model terdahulu, lantas memberi kuasa hentian yang meyakinkan. Namun dengan reka bentuk yang unik, berat keseluruhan cakera brek ini mampu dikurangkan. Brek belakang untuk model ini juga dilengkapi dengan brek jenis cakera, memberikan keyakinan kepada penunggang.
Enjin bertenaga ini diasaskan dari enjin model shogun 125cc. komponen-komponen penting diperkemaskan lagi ,kebuk pembakaran direka semula untuk pembakaran lebih cekap lantas menghasilkan kelancaran tunggangan , daya kemampuan lebih memuaskan disamping menjimatkan bahan bakar, enjin Jentera ini juga dilengkapi dengan pengimbang balik putaran enjin, satu komponen penting yang mampu menghapuskan gegaran dari enjin. Malah, karburetor nya juga dilengkapi dengan suiz kawalan pendikit, bertujuaan untuk menjimatkan lagi bahan bakar dengan memberikan nisbah campuran paling optima dalam setiap kelajuan.
Selain bertenaga, enjin ini juga dicipta supaya mesra alam, sistem ekzos direka semula bagi membolehkan lebihan bahan api dibakar sepenuhnya sebelum dilepaskan.
Untuk memberikan tunggangan lebih lancar, sistem gear 4 kelajuan pada motosikal ini direka semula, menghasilkan tukaran gear yang licin dan lancar.
Suzuki shogun 125RR adalah model yang menggunakan sistem transmisi automatik, sesuai sekali untuk kegunaan harian, namun jika anda mahukan Jentera yang lebih tangkas, mampu memecut dengan tangkas, Shogun SP (Sport Production) adalah pilihan lebih bijak, model ini didatangkan dengan transmisi jenis manual.
Dengan sistem gantungan jenis fork dihadapan dan jenis absorber berkembar di bahagian belakang, ia memberikan tahap keselesaan tunggangan yang tinggi, tidak menjadi masalah jika menunggang pada jarak yang jauh, tambahan lagi dengan adanya ruangan barang dibawah tempat duduk, semuanya jadi mudah.
Cuma yang kurang memuaskan ialah punat-punat yang terdapat dipanel suiz motosikal ini, jika mereka melengkapkan nya dengan material lebih berkualiti, ia pasti lebih menarik berbanding nampak seperti dibuat dari plastik murahan.

Selanjutnya...

Tuesday, March 31, 2009

Modenas GT128 Dilancarkan



Modenas mengorak langkah dengan melancarkan model GT128. Pelancaran pada 23/3/09 menarik perhatian ramai peminat motosikal moped underbone. Dengan memperkenalkan paparan meter analog dan digital, sudah tentu menarik minat ramai golongan muda khususnya untuk memiliki jentera ini. Berkuasa 128cc, SOHC 1 silinder 4 stroke, model ini menampilkan rekabentuk yang terkini dan garang serta padat.



Penjimatan minyak adalah membenggakan 964.4 km/l @ 80km/h) dan model ini juga bakal menjadi jentera terbaik dalam kelasnya. Dilengkapi dengan sistem brek cakera di hadapan dan belakang menambahkan lagi kecekapan jentera ini beroperasi dalam pelbagai situasi khasnya pada cengkaman brek .

Lampu belakang ala superbike, rekebentuk hadapan yang aerodinamik, suspensi berkualit dari KYB, kedudukan yang selesa untuk penunggang, handle bar yang menjanjikan GT128 memberi kepuasan kepada sesiapa yang gemar menunggang jauh ke sesuatu destinasi.

Gabungan meter analog ( RPM dan kelajuan ) serta meter digital (penanda aras kedudukan gear, aras minyak enjin, dan jam ) menjadikan motosikal ini menepati kemahuan pengguna. Ditambah lagi , penunggang tidak perlu melihat lama pada paparan meter kerana paparan yang terhasil jelas dan tidak menyiaukan walau di waktu malam.

Lampu depan pula menjanjikan suluhan yang amat memuaskan hati. Cukup terang untuk sesebuah kapcai. Untuk pastikan, anda boleh mencuba suluhan lampu hadapan GT128 ini.
Rekabentuk GT128 menampakkan revolusi MODENAS untuk kembali memberi saingan kuat pada jualan moped di negara ini khususnya. Cukup trendy dan pasti membuatkan sesiapa sahaja menjeling beberapa kali .

Kestabilan GT128 ketika cruising, meratah selekoh serta kuasa yang dipamerkan membuatkan model ini turut menjadi perhatian bukan sahaja penunggang biasa, tetapi juga pada kaki-kaki trek untuk melayan tiap selekoh dengan penuh selesa.

Harga Gt128 non OTR price ialah RM 4,888.00 . Amat murah dibandingkan dengan apa yang pembeli dapat. Teknologi, rekabentuk yang menarik, sistem brek disc hadapan yang lebih lebar dan juga sistem disc di belakang. Selain itu, penjimatan petrol yang ketara pada model ini susah tentu menjadi antara tarikan utama. Ditambah dengan panel meter yang amat menarik dan kemas.













Modenas mengorak langkah dengan melancarkan model GT128. Pelancaran pada 23/3/09 menarik perhatian ramai peminat motosikal moped underbone. Dengan memperkenalkan paparan meter analog dan digital, sudah tentu menarik minat ramai golongan muda khususnya untuk memiliki jentera ini. Berkuasa 128cc, SOHC 1 silinder 4 stroke, model ini menampilkan rekabentuk yang terkini dan garang serta padat.


Penjimatan minyak adalah membenggakan 964.4 km/l @ 80km/h) dan model ini juga bakal menjadi jentera terbaik dalam kelasnya. Dilengkapi dengan sistem brek cakera di hadapan dan belakang menambahkan lagi kecekapan jentera ini beroperasi dalam pelbagai situasi khasnya pada cengkaman brek .

Lampu belakang ala superbike, rekebentuk hadapan yang aerodinamik, suspensi berkualit dari KYB, kedudukan yang selesa untuk penunggang, handle bar yang menjanjikan GT128 memberi kepuasan kepada sesiapa yang gemar menunggang jauh ke sesuatu destinasi.

Gabungan meter analog ( RPM dan kelajuan ) serta meter digital (penanda aras kedudukan gear, aras minyak enjin, dan jam ) menjadikan motosikal ini menepati kemahuan pengguna. Ditambah lagi , penunggang tidak perlu melihat lama pada paparan meter kerana paparan yang terhasil jelas dan tidak menyiaukan walau di waktu malam.

Lampu depan pula menjanjikan suluhan yang amat memuaskan hati. Cukup terang untuk sesebuah kapcai. Untuk pastikan, anda boleh mencuba suluhan lampu hadapan GT128 ini.
Rekabentuk GT128 menampakkan revolusi MODENAS untuk kembali memberi saingan kuat pada jualan moped di negara ini khususnya. Cukup trendy dan pasti membuatkan sesiapa sahaja menjeling beberapa kali .

Kestabilan GT128 ketika cruising, meratah selekoh serta kuasa yang dipamerkan membuatkan model ini turut menjadi perhatian bukan sahaja penunggang biasa, tetapi juga pada kaki-kaki trek untuk melayan tiap selekoh dengan penuh selesa.

Harga Gt128 non OTR price ialah RM 4,888.00 . Amat murah dibandingkan dengan apa yang pembeli dapat. Teknologi, rekabentuk yang menarik, sistem brek disc hadapan yang lebih lebar dan juga sistem disc di belakang. Selain itu, penjimatan petrol yang ketara pada model ini susah tentu menjadi antara tarikan utama. Ditambah dengan panel meter yang amat menarik dan kemas.

artikel asal oleh adios88

Selanjutnya...

Link Exchange

Followers

 

Underbone Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org